Friday, March 1, 2013

Lepas Nazmi, Fakri Pulak


Bulan lepas Nazmi balik. Bulan ni Fakri cakap dia nak balik gak. Tak faham aku. Baru sebulan main kat sana, dah nak balik Malaysia. Dulu lepas Nazmi balik, Fakri kata tak nak ikut jejak langkah la, nak teruskan berjuang la. Tapi semua tu hampeh belaka. Kalau nak diikutkan Fakri ni bukanlah pemain ‘star’ di Malaysia tetapi beliau merupakan salah seorang anak angkat K.Rajagobal selain Amar Rohidan.
Alasan Fakri ialah dia tak konfiden kelabnya, Atletico S.C. akan layak ke Divisyen 2 Portugal dan akan sambung kontraknya. Dia menjangkakan, kesukaran untuk ASC melepasi playoff dihujung musim dan lebih teruk lagi berdepan krisis penajaan.
Tapi kalau kita fikir lebih jauh, Fakri boleh kekal berkelana di Eropah jika betul caranya. Selain kekal di Portugal, Fakri mungkin boleh memilih untuk mencuba nasib dalam liga lain seperti di Jerman, Slovakia, dan juga Perancis. Marco Guimares, ejen Fakri seharusnya memikirkan bagaimana mengekalkan Fakri di Eropah, bukannya mencari ‘untung atas angin’ dengan transaksi perpindahan setiap 6 bulan sekali. Itu juga terjadi atas Nazmi yang pulang setelah hanya 6 bulan di SC Beira Mar. Ada kemungkinan Marco cuma mengambil kesempatan atas kegairahan pemain Malaysia dan FAM ‘keluar’ ke Eropah.
Kini sah, Fakri milik Kelantan dan akan mula bermain dalam Liga Super Malaysia mulai April. Kelantan katanya dah membayar sejumlah wang kepada ASC dan menjanjikan gaji RM20,000 sebulan (RM10,000 sebulan sewaktu di ASC). Yang pasti Marco mesti akan dapat komisyen. Penasihat 25% la katakan.
Tak pasti bila Malaysia akan memiliki pemain bolasepak yang betul-betul professional dan berani bersaing dalam liga Eropah seperti Nakata, Ji-Sung, Ali Daei dan ramai lagi eksport Jepun, Korea dan Iran. FAM masih buta, pekak dan bisu..khayal dengan ‘sejarah lalu’.

No comments:

Post a Comment