Wednesday, March 20, 2013

Berhentilah merungut Raja...


Kesian Raja. Lepas kalah 1-4 dengan Arab Saudi, baru dia sedar Harimau Malaya takde penyerang.Tapi kalau takde penyerang, maksudnya keputusan akan jadi Malaysia 1, Arab Saudi 0. Kalau Arab boleh skor sampai 4 biji, takde penyerang juga ke alasan kalah?

Sejak kalah di final AFF2012, Rajagobal masih tak habis-habis dengan ‘eksperimen dan alasan’. Sebagai jurulatih bergaji, tugasnya ialah menyelesaikan masalah, bukan beralasan. Kenapa selepas kalah baru beralasan? Kalau takde penyerang berwibawa, perlulah fikirkan strategi terbaik untuk menjaringkan gol. Jangan berikan alasan “penyerang import terlalu ramai” bagi menutup kelemahan taktikal kamu wahai Raja.

Pemain ‘forward’ seperti Mat Yo, Amri, Khairil Muhymeen, Indera Putra, Hairuddin, Norfarhan, dan ramai lagi boleh bertindak sebagai penyerang kalau kena gaya taktikalnya, kerana yang penting ialah penyudah dan pergerakan off ball. Letakkan dua defensive midfielder, yang lainnya boleh la nak letak attacking midfielder atau attacking forward untuk menjana gol. Tak perlu posisi tetap, kerana pemain boleh rotate dan mengubah posisi mengikut rentak perlawanan. Dua defensive midfielder pula mestilah berdisiplin dan rajin mengawal tempo game sambil memintas sebarang ancaman dari tengah sebelum sampai ke pertahanan. 

Memang Raja pernah hebat dan jurulatih pertama yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF, tapi alasan demi alasan bukan yang kita harapkan. Eksperimen tak salah, tapi eksperimen mestilah menghasilkan sesuatu keputusan yang lebih baik. Bukannya makin merudum dan tunduk layu. 

Kalaupun ranking tak penting, fikirlah yang maruah bolasepak Malaysia lebih penting.

No comments:

Post a Comment