Man Utd : De Gea-Rafael-Vidic-Ferdinand-Evra-Carrick-Cleverley-Giggs-Nani-Welback-Van Persie (Valencia,Rooney,Young)
Real Madrid : Lopez-Arbeloa-Varane-Ramos-Coentrao-Alonso-Khedira-DiMaria-Ronaldo-Ozil-Higuain (Kaka,Modric, Pepe)
Man Utd 1 (2) – Real Madrid 2 (3)
Impian treble Man U berakhir ditangan Real Madrid awal pagi tadi. Bekalan 1 gol di Bernabeu rupanya tidak cukup bagi menjamin kemaraan ke suku akhir. Kekalahan 1-2 banyak dipengaruhi keputusan pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir.
Berbekal kelebihan sebagai tuan rumah dan strategi ampuh Alex Ferguson, Man U lebih banyak mengancam kubu Real Madrid melalui serangan balas. Cristiano Ronaldo sentiasa dibayangi Rafael dan jelas tidak mampu mendatangkan ancaman serius. Enjin Real, Xabi Alonso jugo gagal memegang bola dan kurang menyerlah berbanding Carrick dan Cleverley ditengah. Welback yang bermula disamping Ven Persie adalah ancaman terbesar buat Real dengan serangan pantas dan larian kedua-dua belah sayap Real. Berbanding Rooney, Welback dilihat berkelebihan dari segi menyerang, bertahan dan disiplin. Bagi Ryan Giggs, perlawanan ke-1000 ini adalah suatu yang sentimental dan perlu dikenang selamanya.
Bermula separuh minit kedua, Man U lebih mengancam dan terus menekan Real dan hasilnya gol sendiri Ramos diminit ke-48. Kurang sepuluh minit mendahului, Nani dilayangkan kad merah selepas kelihatan melakukan tackle tinggi ke atas Arbeloa walaupun ketika itu Nani lebih fokus untuk merebut bola dan bukannya dada Arbeloa. Tindakan Cakir yang secara otomatik mengubah tempo dan keputusan perlawanan.
Berbekal kelebihan seorang pemain, Mourinho pantas memasukkan Modric bagi membentuk barisan serangan impian bersama Kaka-Ronaldo-Ozil-Higuain didepan. Ternyata pemain Man U masih panik dan kegagalan mengimbangi kekurangan pemain dengan segera, memberi peluang pantas untuk Modric dan Ronaldo menyumbat dua gol dalam masa 4 minit. Dan segalanya tinggal sejarah untuk Man U.
Pujian harus diberi kepada barisan Man U yang membuktikan faktor ‘pemain bintang’bukanlah penentu kejayaan.Namun, sekali lagi Sir Alex tewas dengan strategi Mourinho dibantu faktor keputusan pengadil dan nasib.
Kini Man U perlu fokus pada saingan domestik dan perlu lebih bersemangat mengejar ‘double’. Yang penting, kekalahan Man U bukanlah sesuatu yang diimpikan Mancini di ‘City of Manchester’.
No comments:
Post a Comment