Setelah seri 1-1
di Bernabeu, sekali lagi mereka bertemu untuk melayakkan diri ke peringkat suku
akhir. Walaupun Man U berkelebihan gol tempat lawan, tapi harus diingat, Los
Blancos bukan lawan mudah. Setelah dua kali menewaskan Barcelona dalam tempoh
seminggu, pasukan Mourinho ini dilihat sedang mencapai prestasi puncak.
Sir Alex dijangka
akan mengekalkan taktikal sebagaimana perlawanan pertama sambil mengharapkan
aksi cemerlang De Gea. Evans-Ferdinand akan bergandingan dipertahanan tengah
sambil dibantu Rafael dan Evra. Di bahagian tengah, Carrick adalah pilihan
otomatik SAF sambil mungkin menurunkan Cleverley, Smalling atau Anderson bagi
menggantikan Jones yang belum pulih. Posisi ini dilihat sangat kritikal bagi
Man U kerana pemain yang mempunyai kelajuan, kemahiran bertahan dan disiplin
sangat penting bagi mengekang Ronaldo secara ‘man-marking’. Untuk bahagian
serangan gandingan Rooney-Van Persie-Welbeck-Kagawa mungkin akan diturunkan
sekali lagi bagi mencari gol awal di OT. Dengan aksi tidak konsisten Nani dan
Ashley Young dan faktor usia Ryan Giggs, gandingan ini dilihat antara yang
terbaik yang mampu diturunkan. Hernandez pula dijangka diletakkan di bangku
simpanan dengan harapan dapat mengubah keputusan sebagai ‘super-sub’.
Dipihak Real,
Mourinho berpeluang menurunkan Casillas digawang namun tahap kecergasan penjaga
gol itu masih tidak diketahui setelah terlepas aksi selama beberapa minggu akibat
patah jari tangan. Lopez mungkin mengekalkan posisinya digawang. Gandingan Ramos
dan Varane dijangka akan bermula dengan Coentrao dan Arbeloa dikiri dan kanan.
Dikatakan Marcelo yang sudah kembali akan kembali merebut tempat di bek kiri.
Sambil Khedira dan Alonso mengawal kawasan tengah, Ozil-Ronaldo-DiMaria
dijangka akan berfungsi mencipta peluang untuk Benzema. Jangan dilupa, Madrid
masih memiliki Kaka, Modric, Essien dan Higuain yang boleh merubah perlawanan
jika dimasukkan.
Dalam perlawanan yang dijangka sengit
dimana Real Madrid akan mencari gol awal bagi mengimbangi kelebihan ‘away goal’
Man U, taktikal SAF menyerap asakan akan teruji kali ini biarpun memiliki
kelebihan gelanggang sendiri.
Dengan rekod SAF yang hanya memenangi 2
perlawanan dalam 15 pertemuan kompetetif dengan Mourinho, dan rekod pertahanan
Man U yang boleh dipersoalkan (hanya 2 ‘clean sheet’ dari 10 perlawanan Champions
League musim ini) kesudahan perlawanan ini sangat sukar diramal. Jangan dilupa,
Mourinho juga tidak pernah memenangi sebarang perlawanan UEFA Champions League
di Old Trafford.
Ramalan
Grandstand_Kuning : Man U ke suku
akhir.
No comments:
Post a Comment