Tuesday, December 25, 2012

Quote of the day...


"When I score, i don't celebrate because it's my job. When postman delivers a letters, does he celebrate?" 
- Mario 'why always me' Balotelli 

Wednesday, December 19, 2012

Originaliti logo Darul Takzim FC



Sekarang Darul Takzim FC (Johor). Dulu Johor FC. Pengurusan baru, pengurus, dan jurulatih baru, penaja pun baru. 

Dua hari lepas, waktu melawat Facebook ‘Johor Fan Club’, ada sorang ‘fan’ post satu link yang aku tak sengaja dah bukak. Aku dapat tau satu cerita. Dari mana asal usul logo baru Darul Takzim FC.

Cuba tengok lambang Darul Takzim FC yang baru. Tak ada apa yang kurang atau apa-apa yang aku nk kutuk. Semua nampak OK.


 Tapi cuba tengok pulak lambang RICHMOND FOOTBALL CLUB ni. Richmond FC adalah sebuah kelab bolasepak Australia (bukan bolasepak normal) yang ditubuhkan pada tahun 1885, iaitu lebih 100tahun yang lalu iaitu 1885.


Tak pasti siapa ‘pereka’ lambang Darul Takzim FC, tapi aku nampak ada unsur ‘plagiat’ yang jelas. Selain warna, ‘design’ dan corak pada kepala rimau tu memang 100% sama!

 Aku tak nak komen banyak. Yang pasti bukti dah sahih lagi tertonggeng.

Tuesday, December 18, 2012

Statistik Harimau Malaya (Jun - Dis 2012)

Statistik tak pernah menipu, tapi alasan sentiasa ada untuk menyelamatkan keadaan...

Jangan heran bila Malaysia gagal mempertahan Piala AFF Suzuki 2012.
Jom kita tengok statistik pasukan bolasepak Malaysia sepanjang tempoh 6 bulan terakhir 2012.

1.Jun.2012
Malaysia
VS
Filipina
0-0
8.Jun.2012
Malaysia
VS
Singapura
2-2
12.Jun.2012
Malaysia
VS
Singapura
2-0
24.July.2012
Malaysia
VS
Arsenal
1-2
30.July.2012
Malaysia
VS
Man. City
1-3
11.Sept.2012
Malaysia
VS
Vietnam
0-2
20.Sept.2012
Malaysia
VS
Kemboja
3-0
16.Oct.2012
Malaysia
VS
Hong Kong
3-0
3.Nov.2012
Malaysia
VS
Vietnam
0-1
7.Nov.2012
Malaysia
VS
Thailand
0-2
14.Nov.2012
Malaysia
VS
Hong Kong
1-1
20.Nov.2012
Malaysia
VS
Bangladesh
1-1
25.Nov.2012
Malaysia
VS
Singapura
0-3
28.Nov.2012
Malaysia
VS
Laos
4-1
1.Dec.2012
Malaysia
VS
Indonesia
2-0
9.Dec.2012
Malaysia
VS
Thailand
1-1
13.Dec.2012
Malaysia
VS
Thailand
0-2


P
M
S
K
J
B
17
5
5
7
21
21

Daripada 17 perlawanan, Harimau Malaya hanya menang 5, seri 5 dan kalah 7 kali.

Dengan coach dan pengurus yang masih hanyut dibuai mimpi 2 tahun lalu, FAM masih bersandar pada kenangan dan jasa.

Jelas tiada peningkatan signifikan dari HM. Tapi terpulang kepada Sutan Bola, sebab dia masih sayang Raja.

Bolasepak Malaysia perlukan 'kebebasan'.

Saturday, December 15, 2012

Apa lagi yang tinggal, Coach Raja??

K.Rajagobal sedang bermesra dengan anak angkatnya, R.Amar.

Demam Piala AFF Suzuki dah habis. Tapi lebih demam rasanya kalau nak fikir ‘keputusan’ dan ‘taktikal’ Coach Rajagobal sepanjang kejohanan.

Bermula dari pemilihan pemain, perlawanan persahabatan dan seterusnya kejohanan sebenar, macam ada sesuatu yang kurang pada Harimau Malaya. Ya betul, HM layak ke separuh akhir dan kalah kepada pasukan favourite, Thailand. Tapi kenapa Thai yang favourite sedangkan Malaysia adalah juara bertahan 2 tahun lepas? Dari situ kita boleh nampak, graf peningkatan Malaysia sama mendatar, macam padang Bukit Jalil.

Kayu ukur FAM untuk coach Raja ialah Piala Asia 2015, tapi mengambil kira prestasi semasa Rajagobal misi itu nampak ‘pedih’. Lawan sekumpulan Malaysia – Qatar, Bahrain & Yaman – bukan calang-calang. Saiz fizikal dan kedudukan ranking FIFA pun kita sudah kalah, inikan pula bertarung dipadang. Piala AFF 2012 sepatutnya dijadikan 'bencmarking' FAM dan Rajagobal untuk mengukuhkan reputasi Malaysia dipentas Asean dan membina nama diperingkat Asia. Tiada lagi masa bereksperimen, kerana coach seharusnya tahu apa corak dan game plan untuk HM dan menggilap kesefahaman pasukannya dari situ. Bukan masa lagi untuk melatih skil, meningkat ketahanan mental, dan menguji keserasian, tatkala blueprint HM untuk Piala Asia 2015 seharusnya telah diputuskan.

Sudah-sudahlah untuk terus memberi peluang kepada ‘anak emas’ dan bermain tanpa hala-tuju dan peningkatan. Jika dilihat edisi 2012, tak banyak beza dengan edisi 2012, malah lebih teruk jika diambil kira prestasi pemain senior ‘ternama’ seperti Safee, Safiq dan Apek. Berbekal pengalaman tahun 2010 dan beberapa perlawanan persahabatan dengan ‘abang besar’ Liga Perdana Inggeris, masalah mental, strategi dan persiapan bukan sepatutnya jadi alasan. Kemenangan Malaysia dengan Laos dan Indonesia bukanlah perlu dibangga dan dijulang kerana sebagai juara bertahan, peringkat kumpulan bukanlah masalah dan separuh akhir tak sepatutnya dijadikan sasaran awal. Misi final patutnya jadi kewajipan Rajagobal dan FAM.

Cukup-cukuplah memilih permain dengan hanya alasan “pemain ini dah lama bersama pasukan kita, persefahaman itu penting”. Buat apa ada kefahaman tapi aksi di padang macam hampeh!!. Malah ada ‘anak emas’ yang terpilih, tapi langsung tak diuji kali ini. Lebih baik biar dia berehat sebelum pergi makan angina kat Portugal nanti!

Coach Raja, aku memang tak sepandai kau untuk jadi jurulatih tapi aku juga tak dibayar RM70,000 sebulan untuk perah otak dan pastikan HM bermain cantik. 

Aku masih sayang team Malaysia, tapi tak bermaksud kerana mengenang jasa dan budi, kami tak boleh komen dan kondem! Aku sokong Malaysia bukan sokong 'Raja', atau Sutan...

Jadi 'Pundit'

Stan Collymore - "Tengok bola sambil bercakap lagi best! "

Aku mula main game ‘EDIOS - Championship Manager’ sejak tahun 2000 lagi. Itu maksudnya dah lebih 10 tahun aku jadi pengurus ‘virtual’ yang syok sendiri, menghabiskan masa berjam-jam duduk depan PC. Tapi makin lama, aku fikir job jadi ‘pundit’ atau penganalisa bolasepak lebih best, kurang stress, dan yang penting masyuk….! Pundit tak pernah kena ‘sack’!

Tengok je berapa ramai ex-star EPL yang dah jadi pundit – Jamie Redknapp, Gary Neville, Stan Collymore, Greame Souness dan ramai lagi la yang aku tak berapa nak kenal. Malah bekas pundit Astro, Shebby Singh jadi ‘global advisor’ Blackburn Rovers pun sebab dia pandai bercakap. Sebab kalau dia pandai jadi Manager tentu dia dah lama jadi coach Harimau Malaya. Dulu jadi coach ‘realiti’ MyTeam pun, team tu dah ke parit sekarang. Formula penting – pandai bercakap, boleh analisis game, ada terma-terma power bolasepak, ada idea sikit, bukan ‘camera-shy’, selalu update, banyak membaca, dan muka selamba kutuk orang. Photogenik?? Itu kena tanya penerbit.

Bukanlah nak masuk sangat kat tivi tu, tapi bila tengok Hasbullah Awang dan kawan-kawannya kat TV1 ulas game bola atau Olimpik, aku rasa aku boleh buat lebih ‘best’ dari dia orang. Tapi aku ni bukanlah bekas pemain bola negeri atau pernah wakil olahraga ke Komanwel, tapi semua tu boleh belajar, berlatih – sama macam kita sekolah jugak la…

Memang betul, TV1 memang tak akan ambik aku. Apa lagi Kaki Bola@TV3, jauh sekali AstroSuperSport. Aku hanya ada Facebook dan blog, jadilah….janji boleh kutuk-kutuk orang…

Thursday, December 6, 2012

Johor : 'Dream Team' Liga Super?



Selepas beberapa siri pemburuan, Harimau Selatan akhirnya berjaya membaham beberapa ‘mangsa’ yang diidamkan. Tak dinafikan ‘kelahiran semula’ bolasepak Johor banyak merancakkan pintu perpindahan Liga Malaysia untuk musim hadapan.

Gelaran apa yang kita boleh beri pada Johor sekarang? ‘Real’ Johor? Manc’Johor’ City atau ‘Johor’ Saint-Gemain? Johor Makhachkala? Chel’Johor’sea? Kalau kita ‘skala’kan kejayaan Johor menghimpun bintang tempatan dan nama ‘besar’ bolasepak eropah dengan ‘kemeriahan’ Liga Super dan kedudukan ‘ranking’ pasukan kebangsaan Malaysia, mungkin Johor boleh diberi anugerah FIFA dari segi kesungguhan dan pelaburan paling hebat tahun ini.

Jika PSG dan Manchestar City didana kerabat Arab, FC Anzhi dan Chelsea dengan wang minyak Russia, Johor bertuah kerana bernaung dibawah Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang benar-benar serius membawa tahap bolasepak Johor ke satu aras yang lain.

Johor berjaya membawa hampir separuh kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia. Kapten Safiq Rahim, penyerang Safee Sali, disertai pula Norshahrul, kembar Aidil & Zaquan, dan Azmi Muslim. Tak ketinggalan Azwan Roya dan Muslim Ahmad yang boleh dianggap nama popular dalam Liga M. Kouta pemain import pula di cukupkan dengan kehadiran bekas penjaring terbanyak La Liga! Daniel Guiza yang juga bekas penyerang Sepanyol dalam Euro2008 dipinjamkan oleh Gatafe selama setahun. Tak cukup dengan itu, bekas pemain B-21 Itali dan bekas pemain kelab Lazio dari Serie-A, Simone Del Nero turut mencuba angin bersama Johor tahun ini.

Barisan kemungkinan Johor untuk Liga Super/Piala Malaysia musim 2013 – versi grandstand-kuning ;

GK                  : Buffon, Dida atau Joe Hart…hehehe…
DEF                : Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Aidil, Azwan Roya
MID                : Mat Yo, Safiq Rahim, Simone Del Nero, Zaquan Adha
FW                  : Safee Sali, Dani Guiza

Sekarang tugas pemain-pemain baru Johor untuk memastikan aksi konsisten dan gelaran berada dalam genggaman, bagi membalas pelaburan besar pengurusan dan penaja. Bagi peminat, sudah tentunya fungsi mereka ialah menyokong dan paling penting memenuhkan stadium untuk membayar semula pelaburan. Insyallah, populariti dan kejuaraan akan hadir jika betul gayanya. Go, Go, JOHO!

Safee untuk Johor



Sah! Johor kini memiliki Super Safee! Satu kejutan besar bagi dunia bolasepak tempatan setelah perpindahan ‘saga’ Mat Yo berakhir minggu lepas.

Dikhabarkan, Safee beaksi secara pinjaman dari Arema-Pelita FC selama setahun sehingga November depan. Bagi Arema, alasannya ialah bagi memberi ruang dan peluang untuk pemain tempatan mereka menyerlah. Dari perspektif Safee, perpindahan ini ialah bagi menyelamatkan karier bolasepaknya yang berisiko tinggi akibat kemelut dalaman bolasepak Indonesia. Jika diambil kira langkah Johor ini, ia adalah mudah. Mengumpul bintang, untuk piala.

Walau apapun alasan dan idea, kita doakan karier Safee akan terus berkembang dan konsisten. Untuk Johor pula, semoga adunan bintang tempatan akan berjaya menghasilkan kejuaraan dan kegemilangan bolasepak Johor. Go, Go, JOHO!

Wednesday, November 28, 2012

Rebiu AFF2012 : Malaysia VS Laos



Malaysia (4) - Laos (1)

Alhamdulillah, menang. Harimau Malaya akhirnya berjaya memahami falsafah bolasepak ; serang untuk menang. Sejak dari minit pertama, nampaknya Harimau Malaya faham dengan misi ‘wajib’ menang. Walaupun bukan ‘game’ yang sempurna, tapi kita pasukan lihat’ pasukan bola yang bermain bola’.

Bagi aku, pemain yang membezakan game malam ini dengan game menentang Singapore ialah Shakir dan Wan Zack. Berbanding Amar, Shakir memainkan peranan penting untuk ‘memenangi’ bola dibahagian tengah. Tak perlu keras tetapi bijak membaca game. Wan Zack pula memang punya ‘pace’ yang ternyata mengkucar-kacir dan mematikan langkah Laos, sambil disokong Mahali. Kunanlan pun beraksi ‘best’ dengan ‘work rate’ yang superb – berlari tak henti 90minit!

Walaupun menang, banyak perkara lagi yang Coach Raja perlu improve sebelum lawan Indonesia sabtu ni. Menguasai bola dan menyudahkan peluang perlu banyak dipertingkat. Kalau dilihat, tak kurang 5 ‘clear chances’ untuk Mat Yo dan Safee yang mana sepatutnya boleh ‘membunuh’ semangat melawan Laos dalam separuh masa pertama lagi. Pertahanan pula perlu lebih berdisiplin, terutama ‘wingback’ yang nampak kadang-kala terlalu teruju untuk menyerang. Dalam game Laos, Harimau Malaya bernasib baik kerana Laos kurang menyerang melalui sayap dan kurang menguji kekentalan Mahali dan Azmi Muslim/Zubir. Perlu diingat Indonesia ada ramai pemain pantas dan boleh meloloskan diri ketika ‘counter attack’.

Diharap coach Raja dan pemain tidak ‘over-exited’ dengan kemenangan ke atas Laos, kerana Garuda masih berdendam, dan tak akan membiarkan Harimau terlepas lagi kali ini.

Monday, November 26, 2012

5 Tips untuk Rajagobal sebelum lawan Laos



Belum sampai 24 jam, satu Malaysia dah tau Harimau Malaya kalah teruk dengan Singapura di ‘tanah tumpah darahku’. 5 cara cepat untuk Coach Rajagobal tingkatkan motivasi dan semangat skuadnya ; 

1. Carikan rumah sewa untuk pemain baru Johor di Johor Bahru; Safiq Rahim, Azmi Muslim, dan Aidil. Lebih dekat dengan Legoland lagi bagus.

2. Minta Mahkamah Syariah selesaikan segera kes Rita dan Aidil. Carikan calon baru untuk Aidil. Kalu boleh yang selalu berlakon atau keluar shopping dengan Ayu Raudhah.


3. Bagitau Fakri Shaarani yang dia tak akan main walau seminit pun dalam Piala AFF 2012. Takut nanti injured dan tak dapat sign untuk Kelab Divisyen 3 Portugal.

4. Beli baki kontrak Mat Yo daripada Kelantan. Kalau ada duit lebih, belikan satu lot tanah sekali.

5. Cepat-cepat bagi cuti kahwin kat Apek!

Guardiola untuk Selecao?



Menurut sumber yang dekat dengan bekas bos Barcelona, Pep Guardiola, seperti yang tulis oleh akhbar Lance mengatakan “satu-satunya pasukan yang boleh membuat Pep bersedia untuk mula melatih esok ialah pasukan kebangsaan Brazil, jika diberi peluang”.

Setelah Menezes dipecat Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) minggu lalu, Brazil kini sedang mencari jurulatih yang mampu membawa mereka menjulang gelaran dunia buat kali ke-6, di bumi sendiri pada 2014 nanti.

Mungkin kaitan ini boleh diperkuatkan dengan berita dimana Chelsea gagal memancing Pep setelah DiMatteo dilucut jawatan dan kesediaan Pep untuk menjadi pengurus Manchester United setelah Ferguson bersara. Dengan tugasan Piala Dunia 2014 Brazil kurang dari 2 tahun dari sekarang, dan mengambil kira Ferguson mungkin mampu bertahan untuk tempoh semusim lagi (2013/2014), idea Pep untuk melatih Brazil tidak boleh dipandang remeh.




Elemen bolasepak cantik – joga bonito – menguatkan kaitan Pep sebagai bos Brazil untuk misi 2014. Mengambil kira Pep yang membesar dan mencipta nama dengan corak bolasepak total – tiki taka di Barcelona, Pep dilihat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjelmakan ‘Brazillona’ sebenar. Dengan himpunan bakat tanpa had seperti Neymar, Oscar, Lucas, Pato, Kaka, dan berpuluh lagi nama besar, sumber manusia bukanlah masalah. Yang penting ialah stretegi, taktikal dan motivasi yang betul. Selain itu, faktor tradisi juga boleh menguatkan minat Pep pada Brazil dimana sebagai juara dunia 5 kali, misi meneruskan tradisi dan mencipta sejarah baru boleh dianggap cabaran segar untuk Pep.




Namun begitu faktor ‘orang luar’ mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan CBF. Pemilihan Pep boleh menyebabkan kontroversi dalaman CBF yang sebolehnya cuba dielakkan. Tetapi, seperti diakui Lance, tiada jurulatih dari Brazil yang mampu untuk bukan sahaja memberi nafas baru kepada pasukan Brazil, malah mencetuskan ‘fenomena’ baru untuk akar umbi bolasepak Brazil. Selain Pep, calon lain yang dilihat mampu mengisi kekosongan ialah Felipe Scolari (Piala Dunia 2002), Tite (Corinthian) dan Ramalho (Santos)

Jurulatih ‘impian’ untuk pasukan dan bakat ‘impian’? Sama-sama kita tunggu, Brazillona 2014!

Sunday, November 25, 2012

Rebiu AFF2012 : Malaysia VS Singapura



Malaysia (0) - Singapura (3)

Apa warna ‘home stripe’ Malaysia? Biru atau Kuning? FAM saja yang tahu…

Memulakan kempen mempertahan Piala AFF dengan perlawanan ‘causeway derby’ bukanlah sesuatu yang boleh membantu Harimau Malaya (HM). Rentetan perlawanan persahabatan yang kurang meyakinkan, perlawanan pertama seharusnya menjadi kayu ukur prestasi semasa HM, selain menambah keyakinan pemain dan peminat.

Malaysia bermula dengan barisan ‘impian’ Rajagopal. Mat Yo dan Safee didepan, dengan Muhaymeen dan Kunanlan sebagai sayap menyerang. Amar dan Safiq mengisi slot tengah sambil pertahanan diterajui Aidil, Fadhli, Azmi dan Bunyamin. Agak pelik jika memikirkan logik Amar digandingkan dengan Safiq, tapi Raja lebih kenal pemainnya.

Kekurangan jelas bagi Malaysia ialah mencipta peluang dan konsentrasi. Amar hanyalah sebagai pelengkap tengah, manakala Muhymeen di lihat gagal berperanan sebagai flanker. Lucu memikirkan dua pemain Kedah bermula sebagai ‘first choice’ Raja. Walaupun Singapura kurang menyerang dari sayap, wingback HM di lihat gagal untuk membantu serangan dari kiri dan kanan.

Dua gol Sharil Ishak lebih dibantu dengan kelemahan bek Malaysia dimana Aidil dan Fadhli kerap meninggalkan posisi. Amar pula memang langsung tak membantu pertahanan ketika perlu. Gol ketiga dari Duric hanya mengesahkan HM memang berada dalam kemerosotan prestasi yang meruncing.

Perlawanan seterusnya menentang Laos bukan menjanjikan sesuatu yang mudah mengambilkira Laos yang mampu mengikat Indonesia di perlawanan awal. Sedikit harapan untuk Malaysia jika persembahan Wan Zack dan Kunanlan diambil kira.

Pengajaran untuk Raja dan FAM ; lebih baik mansuhkan liga jika kesebelasan Harimau Malaya hanyalah berkisar pemain yang ‘dikenali’ sahaja…

Rebiu EPL : Man Utd VS QPR



Man Utd (3) - QPR (1)

Perlawanan ke 13 QPR setelah 12 perlawanan tanpa kemenangan ketika dibawah Mark Hughes. Bagi Manchester United, setelah dua kekalahan berturut-turut kepada Norwich dan Galatasaray, tiada pilihan lain kecuali kemenangan untuk terus mencabar kejuaraan EPL.

QPR bermula dengan Cisse dan Mackie di barisan hadapan, manakala MU dengan senjata hebat mereka, Rooney dan RVP sambil Young dan Welbeck di kanan dan kiri.

Tiada strategi khusus dari QPR melainkan bertahan dan serangan balas untuk memerangkap MU. Manakala MU dengan Scholes dan Fletcher di tengah dilihat kurang bertenaga. Selepas kemasukkan Anderson dan Hernandez di separuh masa kedua, tempo Red Devils dilihat lebih baik.

Kekurangan QPR jelas nyata dimana mereka tiada midfield yang mampu mengawal tempo game dan melakukan hantaran kreatif dari tengah. Gerakan mereka lebih berkisar dengan Taarabt yang lebih gemar bergerak secara individu sambil penglibatan Cisse dan Mackie adalah sangat minima. Bagi MU pula, kekurangan midfield berkaliber jelas nyata dengan majoriti pergerakan adalah hasil gerakan Rooney yang turun ke bahagian tengah sambil RVP menuggu peluang.

Sekali lagi, MU dengan habit melepaskan gol awal, dan juga QPR yang menyerah awal. Ferguson perlu segera mengubat ‘sakit belakang’ MU jika mahu bergelar juara dihujung musim. Untuk pengurus baru QPR, Harry Redknapp, banyak lagi kerja perlu dilakukan bagi memastikan QPR kekal dalam saingan EPL 2013/14. 

Prebiu : Harimau Malaya @ AFF2012




MALAYSIA a.k.a HARIMAU MALAYA

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias
Pertahanan
Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan
Tengah
Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S.Kunalan, Safiq Rahim, Sahkir Shaari,Gary Robbat, Amar Rohidan
Penyerang
Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazwan

Tanpa kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan terakhir, Harimau Malaya (HM) memulakan misi mempertahan Piala AFF/Suzuki dengan keyakinan ditahap paling rendah. Kegagalan mencipta kemenangan dengan lawan yang lebih lemah menyebabkan peminat mula hilang kepercayaan terhadap coach Raja dan HM.

Pemilihan pemain oleh coach Raja seakan boleh diramal dari awal. Inilah barisan ‘kesayangan’ Raja yang sangat beliau ‘kenali’. Mungkin Raja ada kriteria tersendiri dalam pemilihannya, atau dia perlu merujuk kepada ‘Raja’ yang lain..Wallahualam.

Tanpa elemen kejutan, skuad kali ini masih bergantung dengan nukleus yang hampir serupa dengan edisi 2010. Apek, Safiq, Safee dan Mat Yo masih kekal sebagai teraju utama pasukan - sesuatu yang membuatkan team HM sangat ‘boleh dijangka’.  


Penjaga Gol
Tidak dinafikan, Apek dan Farizal merupakan dua penjaga gol terbaik dalam Liga Super ketika ini. Apek dilihat sebagai pilihan utama didepan Farizal.

Pertahanan
Bek tengah bergantung kepada keupayaan Fadhli Shas dan Aidil dengan Faizal sebagai back-up. Manakala untuk bek kiri dan kanan diisi oleh Zubir, Azmi, Mahali dan Bunyamin. Konsistensi Aidil sangat ditagih Raja, tetapi selepas mengharungi kempen liga dan Piala Malaysia yang memenatkan, bahaya kecederaan dan kehilangan fokus boleh membantutkan usaha Malaysia memburu kejuaraan. Contoh terbaik adalah ketika menentang Hong Kong. Jika keadaan memaksa, atau kecederaan berlaku, Gary dilihat boleh mengisi slot bek tengah cuma kekurangan kepantasan mungkin boleh menjadikan keadaan berbahaya untuk Apek. Bek kiri dan kanan pula diharap boleh membantu serangan jika diperlukan, tetapi perlu lebih berhati-hati ketika serangan balas lawan.

Tengah
Pergerakan dibahagian tengah terlalu bergantung kepada kreativiti Safiq yang dilihat sebagai nadi kepada semua pergerakan HM. Selain Safiq, Raja cuma ada Baddrol sebagai pilihan pemain tengah menyerang. Dengan Sahkir, Amar dan Gary yang lebih cenderung  kepada ‘holding’/‘ball-winning’ midfielder, seharusnya Raja memilih kapten Kelantan, Piya sebagai Plan B jika Safiq gagal menyerlah atau ditimpa musibah. Elemen ‘kimia’ Piya dan Sahkir yang membantu Kelantan memenangi ‘treble’ juga mungkin boleh membantu Malaysia dalam edisi kali ini. Kepantasan Muhymeen, Kunalan, Alex dan Wan Zack sangat kritikal bagi membantu serangan.

Penyerang
Safee dan Mat Yo adalah dua nama yang sudah pasti mengisi jentera serangan HM secara otomatik. Kualiti pemusnah Safee memang tidak diragui tetapi jika Mat Yo diikat kemas pertahanan lawan, serangan HM mungkin kurang berbahaya. Fakri pula bukanlah penyerang  dengan penyudah tajam, tetapi lebih kepada ‘centre forward’ untuk menyokong ‘main striker’. Hazwan mungkin boleh menjadi ‘super-sub’ kepada HM jika betul cara menggunakannya.

Kesimpulan
HM dilihat mampu mara ke separuh akhir jika mampu mengalahkan Singapura dan Laos dalam dua perlawanan awal sambil membayangkan tentangan sengit Indonesia yang lebih sukar diramal.

Selamanya Harimau Malaya! Selamanya sokong Malaysia!


Welcome to grandstand_kuning!



grandstand_kuning wujud sebagai sub-blog Yellow Libretto.
Insyaa Allah, segalanya yang berkaitan bola tempatan dan antarabangsa akan cuba diulas, dikupas mengikut kefahaman penulis...

Juga bagi meraikan 5 tahun Yellow Libretto di blogspot...

Jom meriahkan grandstand_kuning!