Monday, November 26, 2012

Guardiola untuk Selecao?



Menurut sumber yang dekat dengan bekas bos Barcelona, Pep Guardiola, seperti yang tulis oleh akhbar Lance mengatakan “satu-satunya pasukan yang boleh membuat Pep bersedia untuk mula melatih esok ialah pasukan kebangsaan Brazil, jika diberi peluang”.

Setelah Menezes dipecat Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) minggu lalu, Brazil kini sedang mencari jurulatih yang mampu membawa mereka menjulang gelaran dunia buat kali ke-6, di bumi sendiri pada 2014 nanti.

Mungkin kaitan ini boleh diperkuatkan dengan berita dimana Chelsea gagal memancing Pep setelah DiMatteo dilucut jawatan dan kesediaan Pep untuk menjadi pengurus Manchester United setelah Ferguson bersara. Dengan tugasan Piala Dunia 2014 Brazil kurang dari 2 tahun dari sekarang, dan mengambil kira Ferguson mungkin mampu bertahan untuk tempoh semusim lagi (2013/2014), idea Pep untuk melatih Brazil tidak boleh dipandang remeh.




Elemen bolasepak cantik – joga bonito – menguatkan kaitan Pep sebagai bos Brazil untuk misi 2014. Mengambil kira Pep yang membesar dan mencipta nama dengan corak bolasepak total – tiki taka di Barcelona, Pep dilihat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjelmakan ‘Brazillona’ sebenar. Dengan himpunan bakat tanpa had seperti Neymar, Oscar, Lucas, Pato, Kaka, dan berpuluh lagi nama besar, sumber manusia bukanlah masalah. Yang penting ialah stretegi, taktikal dan motivasi yang betul. Selain itu, faktor tradisi juga boleh menguatkan minat Pep pada Brazil dimana sebagai juara dunia 5 kali, misi meneruskan tradisi dan mencipta sejarah baru boleh dianggap cabaran segar untuk Pep.




Namun begitu faktor ‘orang luar’ mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan CBF. Pemilihan Pep boleh menyebabkan kontroversi dalaman CBF yang sebolehnya cuba dielakkan. Tetapi, seperti diakui Lance, tiada jurulatih dari Brazil yang mampu untuk bukan sahaja memberi nafas baru kepada pasukan Brazil, malah mencetuskan ‘fenomena’ baru untuk akar umbi bolasepak Brazil. Selain Pep, calon lain yang dilihat mampu mengisi kekosongan ialah Felipe Scolari (Piala Dunia 2002), Tite (Corinthian) dan Ramalho (Santos)

Jurulatih ‘impian’ untuk pasukan dan bakat ‘impian’? Sama-sama kita tunggu, Brazillona 2014!

No comments:

Post a Comment