Sunday, November 25, 2012

Rebiu EPL : Man Utd VS QPR



Man Utd (3) - QPR (1)

Perlawanan ke 13 QPR setelah 12 perlawanan tanpa kemenangan ketika dibawah Mark Hughes. Bagi Manchester United, setelah dua kekalahan berturut-turut kepada Norwich dan Galatasaray, tiada pilihan lain kecuali kemenangan untuk terus mencabar kejuaraan EPL.

QPR bermula dengan Cisse dan Mackie di barisan hadapan, manakala MU dengan senjata hebat mereka, Rooney dan RVP sambil Young dan Welbeck di kanan dan kiri.

Tiada strategi khusus dari QPR melainkan bertahan dan serangan balas untuk memerangkap MU. Manakala MU dengan Scholes dan Fletcher di tengah dilihat kurang bertenaga. Selepas kemasukkan Anderson dan Hernandez di separuh masa kedua, tempo Red Devils dilihat lebih baik.

Kekurangan QPR jelas nyata dimana mereka tiada midfield yang mampu mengawal tempo game dan melakukan hantaran kreatif dari tengah. Gerakan mereka lebih berkisar dengan Taarabt yang lebih gemar bergerak secara individu sambil penglibatan Cisse dan Mackie adalah sangat minima. Bagi MU pula, kekurangan midfield berkaliber jelas nyata dengan majoriti pergerakan adalah hasil gerakan Rooney yang turun ke bahagian tengah sambil RVP menuggu peluang.

Sekali lagi, MU dengan habit melepaskan gol awal, dan juga QPR yang menyerah awal. Ferguson perlu segera mengubat ‘sakit belakang’ MU jika mahu bergelar juara dihujung musim. Untuk pengurus baru QPR, Harry Redknapp, banyak lagi kerja perlu dilakukan bagi memastikan QPR kekal dalam saingan EPL 2013/14. 

No comments:

Post a Comment