Sunday, November 25, 2012

Rebiu AFF2012 : Malaysia VS Singapura



Malaysia (0) - Singapura (3)

Apa warna ‘home stripe’ Malaysia? Biru atau Kuning? FAM saja yang tahu…

Memulakan kempen mempertahan Piala AFF dengan perlawanan ‘causeway derby’ bukanlah sesuatu yang boleh membantu Harimau Malaya (HM). Rentetan perlawanan persahabatan yang kurang meyakinkan, perlawanan pertama seharusnya menjadi kayu ukur prestasi semasa HM, selain menambah keyakinan pemain dan peminat.

Malaysia bermula dengan barisan ‘impian’ Rajagopal. Mat Yo dan Safee didepan, dengan Muhaymeen dan Kunanlan sebagai sayap menyerang. Amar dan Safiq mengisi slot tengah sambil pertahanan diterajui Aidil, Fadhli, Azmi dan Bunyamin. Agak pelik jika memikirkan logik Amar digandingkan dengan Safiq, tapi Raja lebih kenal pemainnya.

Kekurangan jelas bagi Malaysia ialah mencipta peluang dan konsentrasi. Amar hanyalah sebagai pelengkap tengah, manakala Muhymeen di lihat gagal berperanan sebagai flanker. Lucu memikirkan dua pemain Kedah bermula sebagai ‘first choice’ Raja. Walaupun Singapura kurang menyerang dari sayap, wingback HM di lihat gagal untuk membantu serangan dari kiri dan kanan.

Dua gol Sharil Ishak lebih dibantu dengan kelemahan bek Malaysia dimana Aidil dan Fadhli kerap meninggalkan posisi. Amar pula memang langsung tak membantu pertahanan ketika perlu. Gol ketiga dari Duric hanya mengesahkan HM memang berada dalam kemerosotan prestasi yang meruncing.

Perlawanan seterusnya menentang Laos bukan menjanjikan sesuatu yang mudah mengambilkira Laos yang mampu mengikat Indonesia di perlawanan awal. Sedikit harapan untuk Malaysia jika persembahan Wan Zack dan Kunanlan diambil kira.

Pengajaran untuk Raja dan FAM ; lebih baik mansuhkan liga jika kesebelasan Harimau Malaya hanyalah berkisar pemain yang ‘dikenali’ sahaja…

No comments:

Post a Comment