Saturday, December 15, 2012

Apa lagi yang tinggal, Coach Raja??

K.Rajagobal sedang bermesra dengan anak angkatnya, R.Amar.

Demam Piala AFF Suzuki dah habis. Tapi lebih demam rasanya kalau nak fikir ‘keputusan’ dan ‘taktikal’ Coach Rajagobal sepanjang kejohanan.

Bermula dari pemilihan pemain, perlawanan persahabatan dan seterusnya kejohanan sebenar, macam ada sesuatu yang kurang pada Harimau Malaya. Ya betul, HM layak ke separuh akhir dan kalah kepada pasukan favourite, Thailand. Tapi kenapa Thai yang favourite sedangkan Malaysia adalah juara bertahan 2 tahun lepas? Dari situ kita boleh nampak, graf peningkatan Malaysia sama mendatar, macam padang Bukit Jalil.

Kayu ukur FAM untuk coach Raja ialah Piala Asia 2015, tapi mengambil kira prestasi semasa Rajagobal misi itu nampak ‘pedih’. Lawan sekumpulan Malaysia – Qatar, Bahrain & Yaman – bukan calang-calang. Saiz fizikal dan kedudukan ranking FIFA pun kita sudah kalah, inikan pula bertarung dipadang. Piala AFF 2012 sepatutnya dijadikan 'bencmarking' FAM dan Rajagobal untuk mengukuhkan reputasi Malaysia dipentas Asean dan membina nama diperingkat Asia. Tiada lagi masa bereksperimen, kerana coach seharusnya tahu apa corak dan game plan untuk HM dan menggilap kesefahaman pasukannya dari situ. Bukan masa lagi untuk melatih skil, meningkat ketahanan mental, dan menguji keserasian, tatkala blueprint HM untuk Piala Asia 2015 seharusnya telah diputuskan.

Sudah-sudahlah untuk terus memberi peluang kepada ‘anak emas’ dan bermain tanpa hala-tuju dan peningkatan. Jika dilihat edisi 2012, tak banyak beza dengan edisi 2012, malah lebih teruk jika diambil kira prestasi pemain senior ‘ternama’ seperti Safee, Safiq dan Apek. Berbekal pengalaman tahun 2010 dan beberapa perlawanan persahabatan dengan ‘abang besar’ Liga Perdana Inggeris, masalah mental, strategi dan persiapan bukan sepatutnya jadi alasan. Kemenangan Malaysia dengan Laos dan Indonesia bukanlah perlu dibangga dan dijulang kerana sebagai juara bertahan, peringkat kumpulan bukanlah masalah dan separuh akhir tak sepatutnya dijadikan sasaran awal. Misi final patutnya jadi kewajipan Rajagobal dan FAM.

Cukup-cukuplah memilih permain dengan hanya alasan “pemain ini dah lama bersama pasukan kita, persefahaman itu penting”. Buat apa ada kefahaman tapi aksi di padang macam hampeh!!. Malah ada ‘anak emas’ yang terpilih, tapi langsung tak diuji kali ini. Lebih baik biar dia berehat sebelum pergi makan angina kat Portugal nanti!

Coach Raja, aku memang tak sepandai kau untuk jadi jurulatih tapi aku juga tak dibayar RM70,000 sebulan untuk perah otak dan pastikan HM bermain cantik. 

Aku masih sayang team Malaysia, tapi tak bermaksud kerana mengenang jasa dan budi, kami tak boleh komen dan kondem! Aku sokong Malaysia bukan sokong 'Raja', atau Sutan...

No comments:

Post a Comment