Thursday, December 6, 2012

Johor : 'Dream Team' Liga Super?



Selepas beberapa siri pemburuan, Harimau Selatan akhirnya berjaya membaham beberapa ‘mangsa’ yang diidamkan. Tak dinafikan ‘kelahiran semula’ bolasepak Johor banyak merancakkan pintu perpindahan Liga Malaysia untuk musim hadapan.

Gelaran apa yang kita boleh beri pada Johor sekarang? ‘Real’ Johor? Manc’Johor’ City atau ‘Johor’ Saint-Gemain? Johor Makhachkala? Chel’Johor’sea? Kalau kita ‘skala’kan kejayaan Johor menghimpun bintang tempatan dan nama ‘besar’ bolasepak eropah dengan ‘kemeriahan’ Liga Super dan kedudukan ‘ranking’ pasukan kebangsaan Malaysia, mungkin Johor boleh diberi anugerah FIFA dari segi kesungguhan dan pelaburan paling hebat tahun ini.

Jika PSG dan Manchestar City didana kerabat Arab, FC Anzhi dan Chelsea dengan wang minyak Russia, Johor bertuah kerana bernaung dibawah Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang benar-benar serius membawa tahap bolasepak Johor ke satu aras yang lain.

Johor berjaya membawa hampir separuh kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia. Kapten Safiq Rahim, penyerang Safee Sali, disertai pula Norshahrul, kembar Aidil & Zaquan, dan Azmi Muslim. Tak ketinggalan Azwan Roya dan Muslim Ahmad yang boleh dianggap nama popular dalam Liga M. Kouta pemain import pula di cukupkan dengan kehadiran bekas penjaring terbanyak La Liga! Daniel Guiza yang juga bekas penyerang Sepanyol dalam Euro2008 dipinjamkan oleh Gatafe selama setahun. Tak cukup dengan itu, bekas pemain B-21 Itali dan bekas pemain kelab Lazio dari Serie-A, Simone Del Nero turut mencuba angin bersama Johor tahun ini.

Barisan kemungkinan Johor untuk Liga Super/Piala Malaysia musim 2013 – versi grandstand-kuning ;

GK                  : Buffon, Dida atau Joe Hart…hehehe…
DEF                : Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Aidil, Azwan Roya
MID                : Mat Yo, Safiq Rahim, Simone Del Nero, Zaquan Adha
FW                  : Safee Sali, Dani Guiza

Sekarang tugas pemain-pemain baru Johor untuk memastikan aksi konsisten dan gelaran berada dalam genggaman, bagi membalas pelaburan besar pengurusan dan penaja. Bagi peminat, sudah tentunya fungsi mereka ialah menyokong dan paling penting memenuhkan stadium untuk membayar semula pelaburan. Insyallah, populariti dan kejuaraan akan hadir jika betul gayanya. Go, Go, JOHO!

No comments:

Post a Comment