Kesian Raja. Lepas kalah 1-4
dengan Arab Saudi, baru dia sedar Harimau Malaya takde penyerang.Tapi kalau
takde penyerang, maksudnya keputusan akan jadi Malaysia 1, Arab Saudi 0. Kalau
Arab boleh skor sampai 4 biji, takde penyerang juga ke alasan kalah?
Sejak kalah di final AFF2012,
Rajagobal masih tak habis-habis dengan ‘eksperimen dan alasan’. Sebagai
jurulatih bergaji, tugasnya ialah menyelesaikan masalah, bukan beralasan.
Kenapa selepas kalah baru beralasan? Kalau takde penyerang berwibawa, perlulah
fikirkan strategi terbaik untuk menjaringkan gol. Jangan berikan alasan
“penyerang import terlalu ramai” bagi menutup kelemahan taktikal kamu wahai
Raja.
Pemain ‘forward’ seperti Mat Yo,
Amri, Khairil Muhymeen, Indera Putra, Hairuddin, Norfarhan, dan ramai lagi
boleh bertindak sebagai penyerang kalau kena gaya taktikalnya, kerana yang
penting ialah penyudah dan pergerakan off ball. Letakkan dua defensive
midfielder, yang lainnya boleh la nak letak attacking midfielder atau attacking
forward untuk menjana gol. Tak perlu posisi tetap, kerana pemain boleh rotate
dan mengubah posisi mengikut rentak perlawanan. Dua defensive midfielder pula
mestilah berdisiplin dan rajin mengawal tempo game sambil memintas sebarang
ancaman dari tengah sebelum sampai ke pertahanan.
Memang Raja pernah hebat dan
jurulatih pertama yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF, tapi alasan demi
alasan bukan yang kita harapkan. Eksperimen tak salah, tapi eksperimen mestilah
menghasilkan sesuatu keputusan yang lebih baik. Bukannya makin merudum dan
tunduk layu.
Kalaupun ranking tak penting,
fikirlah yang maruah bolasepak Malaysia lebih penting.