Nazmi Faiz. Pemain Malaysia pertama digelar ‘wonderkid’
sejak menyertai kelab Liga Primera Portugal, SC Beira-Mar. Juga satu-satunya pemain Malaysia dalam FIFA13. Dipilih berdasarkan
merit, bukan ‘lobi’ FAM seperti eksport ‘segera’ yang lain. Sekelip mata SC
Beira Mar menjadi kelab Portugal paling popular di Malaysia, kalah Porto,
Benfica, Sporting Lisbon.
Tiba-tiba dak Nazmi balik tak bagitau sesiapa. FAM terjaga
dari mimpi, terkejut, macam tak percaya. Nak tambah lebih ‘kezutan’, PKNS FC
berjaya menghidu peluang dan mengikat kontrak dengan Nazmi. Masih misteri lagi,
Nazmi tak nak komen apa-apa pasal penamatan kontrak dan kepulangannya selain
“ini pilihan saya, saya tak akan kembali semula ke Beira Mar”.
Bagi aku, ini pilihan dia, hak dia. Tak bermakna dia tak
main kat Portugal, peluang dia berjaya terkubur. Dan tak tentu juga kalau dia
kekal di Beira-Mar, dia akan jadi pemain yang hebat. Semua terpulang pada
takdir selepas usaha dan perancangan. Kita (FAM semestinya) perlu belajar dari
‘tragedi’ ini. Faktor mental pemain,sokongan moral, kelab, prospek, dan ejen
pemain perlu lebih diperhalusi. Semoga Nazmi tak hilang ditelan populariti dan
gaji Liga ‘gred D’ Super Malaysia.
No comments:
Post a Comment