Safee & Co. masih seronok dengan jersey baru ada kepala rimau. Nape Jow Flizzow tak main malam ni ek?
Pahang (3) –
DTFC (2)
Pasukan ‘Mega-Kaya’ bertemu dengan pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super. Ramai meletakkan Pahang sebagai pasukan underdog, malahan Jurulatih DTFC, Fandi Ahmad sendiri melaungkan tidak akan menurunkan barisan terkuatnya untuk perlawanan pembuka MSL.
Pasukan ‘Mega-Kaya’ bertemu dengan pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super. Ramai meletakkan Pahang sebagai pasukan underdog, malahan Jurulatih DTFC, Fandi Ahmad sendiri melaungkan tidak akan menurunkan barisan terkuatnya untuk perlawanan pembuka MSL.
Hasilnya? DTFC garang hanya untuk
45minit pertama tetapi hanyut ke laut selepas waktu rehat. Walaupun berjaya
mengejutkan Pahang dengan 2 gol pantas dalam 25minit pertama, penguasaan bola
adalah milik Pahang. Johor kelihatan berbahaya ketika menyerang tetapi goyah
ketika bertahan dan bermain tanpa penguasaan midfield. Gameplay DTFC lebih
menjurus kepada D.Guiza dan Mat Yo. Kapten baru DTFC, Safiq Rahim gagal
menguasai midfield DTFC, sepertimana kegagalannya bersama Team Harimau Malaya.
Tiada ‘composure’ dan ‘gameplan’ dari midfield, serta tiada ‘anchor’ yang boleh
menyekat serangan lawan lebih awal ditengah. Terbukti ketika Pahang mengasak
dari kiri dan kanan, defend DTFC agak goyah dan tiada ‘man-marking’, lebih
kepada ‘ball-wathing’. Jangan cerita la ‘setar’ DTFC yang lain. Zaq-One, Azmi
Muslim semua masih ditahap ‘Liga Perdana’, manakala Aidil dan Safee Sali hanya
hebat sebagai penonton sahaja. Persefahaman pasukan masih kelam kabut dan stamina
masih jauh dari level antarabangsa.
Berbeza dangan Pahang yang lebih
menguasai bola, agresif dan percaya bahawa permainan bolasepak adalah mengenai aksi
90minit. Rajin dan mencipta peluang adalah kunci kejayaan Pahang dibantu ‘kepancitan’
kedua-dua wingback DTFC, Tuah dan Azmi Muslim. Midfield Pahang lebih cemerlang
dibabak kedua dengan memanfaatkan kepincangan midfield lawan serta ‘keterujaan’
Safiq Rahim berseronok bersama Mat Yo dan Guiza didepan.
Kenapa Fandi tidak turun dengan
11 terbaiknya tidak diketahui, tetapi melihatkan keseluruhan pasukan DTFC,
tergambar kekurangan kekuatan keseluruhan pasukan jika diambil kira standard barisan
simpanan yang nampak gugup atau malu-malu beraksi bersama ‘setar’.
Tahniah buat Pahang. Untuk DTFC,
jangan lupakan perkara asas bolasepak – stamina untuk 90minit dan teamwork.
No comments:
Post a Comment