Tuesday, February 12, 2013

Rebiu buku : Muslimeen United



Samir Nasri – Ali Daei – Nicholas Anelka – Mido – Karim Benzema – Mesut Ozil  – Lee Won Jae – Nathan Ellington – Bruno Metsu – Beram Kayal – Ilhan Mansiz – Hassan Salihamidzic – Frederic Kanoute – Demba Ba – Khalid Boulahrouz – Momo Sissoko – Eric Abidal – Yaya Toure – Frank Ribery – Zinedene Zidane

Nama Nami melakukan sesuatu ‘di luar kotak’. Walaupun Muslimeen United naskah ringkas (hanya 100 mukasurat), kajian Nama Nami adalah sesuatu yang beharga dan mugkin tak boleh ditemui dimana-mana di dunia! Mengambil kisah ringkas 20 bintang bolasepak dunia dan kaitannya dengan agama Islam, adalah suatu idea yang sangat brilliant. Sebelum membaca Muslimeen United, kita mungkin tak tahu ada pemain kebangsaan Israel dan Korea Selatan yang beragama Islam. Atau juga Ali Daei yang berkelulusan Ijazah Sains Material dan rahsia Mesut Ozil yang akan membaca Al-Quran sejam sebelum perlawanan dan bermain dalam keadaan berwuduk.

Muslimeen United adalah karya ‘eksotik’ dan ‘rare’ yang jarang terhasil dan boleh kita nikmati. Ilmu tuhan yang dikumpulkan dan disampaikan oleh Nama Nami yang perlu diketahui penggemar bolasepak muslim untuk dibanggakan dan menjadi motivasi.

Wednesday, February 6, 2013

Dari Aveiro ke KJ



Nazmi Faiz. Pemain Malaysia pertama digelar ‘wonderkid’ sejak menyertai kelab Liga Primera Portugal, SC Beira-Mar. Juga satu-satunya pemain Malaysia dalam FIFA13. Dipilih berdasarkan merit, bukan ‘lobi’ FAM seperti eksport ‘segera’ yang lain. Sekelip mata SC Beira Mar menjadi kelab Portugal paling popular di Malaysia, kalah Porto, Benfica, Sporting Lisbon.

Tiba-tiba dak Nazmi balik tak bagitau sesiapa. FAM terjaga dari mimpi, terkejut, macam tak percaya. Nak tambah lebih ‘kezutan’, PKNS FC berjaya menghidu peluang dan mengikat kontrak dengan Nazmi. Masih misteri lagi, Nazmi tak nak komen apa-apa pasal penamatan kontrak dan kepulangannya selain “ini pilihan saya, saya tak akan kembali semula ke Beira Mar”.

Bagi aku, ini pilihan dia, hak dia. Tak bermakna dia tak main kat Portugal, peluang dia berjaya terkubur. Dan tak tentu juga kalau dia kekal di Beira-Mar, dia akan jadi pemain yang hebat. Semua terpulang pada takdir selepas usaha dan perancangan. Kita (FAM semestinya) perlu belajar dari ‘tragedi’ ini. Faktor mental pemain,sokongan moral, kelab, prospek, dan ejen pemain perlu lebih diperhalusi. Semoga Nazmi tak hilang ditelan populariti dan gaji Liga ‘gred D’ Super Malaysia.