Tuesday, December 25, 2012

Quote of the day...


"When I score, i don't celebrate because it's my job. When postman delivers a letters, does he celebrate?" 
- Mario 'why always me' Balotelli 

Wednesday, December 19, 2012

Originaliti logo Darul Takzim FC



Sekarang Darul Takzim FC (Johor). Dulu Johor FC. Pengurusan baru, pengurus, dan jurulatih baru, penaja pun baru. 

Dua hari lepas, waktu melawat Facebook ‘Johor Fan Club’, ada sorang ‘fan’ post satu link yang aku tak sengaja dah bukak. Aku dapat tau satu cerita. Dari mana asal usul logo baru Darul Takzim FC.

Cuba tengok lambang Darul Takzim FC yang baru. Tak ada apa yang kurang atau apa-apa yang aku nk kutuk. Semua nampak OK.


 Tapi cuba tengok pulak lambang RICHMOND FOOTBALL CLUB ni. Richmond FC adalah sebuah kelab bolasepak Australia (bukan bolasepak normal) yang ditubuhkan pada tahun 1885, iaitu lebih 100tahun yang lalu iaitu 1885.


Tak pasti siapa ‘pereka’ lambang Darul Takzim FC, tapi aku nampak ada unsur ‘plagiat’ yang jelas. Selain warna, ‘design’ dan corak pada kepala rimau tu memang 100% sama!

 Aku tak nak komen banyak. Yang pasti bukti dah sahih lagi tertonggeng.

Tuesday, December 18, 2012

Statistik Harimau Malaya (Jun - Dis 2012)

Statistik tak pernah menipu, tapi alasan sentiasa ada untuk menyelamatkan keadaan...

Jangan heran bila Malaysia gagal mempertahan Piala AFF Suzuki 2012.
Jom kita tengok statistik pasukan bolasepak Malaysia sepanjang tempoh 6 bulan terakhir 2012.

1.Jun.2012
Malaysia
VS
Filipina
0-0
8.Jun.2012
Malaysia
VS
Singapura
2-2
12.Jun.2012
Malaysia
VS
Singapura
2-0
24.July.2012
Malaysia
VS
Arsenal
1-2
30.July.2012
Malaysia
VS
Man. City
1-3
11.Sept.2012
Malaysia
VS
Vietnam
0-2
20.Sept.2012
Malaysia
VS
Kemboja
3-0
16.Oct.2012
Malaysia
VS
Hong Kong
3-0
3.Nov.2012
Malaysia
VS
Vietnam
0-1
7.Nov.2012
Malaysia
VS
Thailand
0-2
14.Nov.2012
Malaysia
VS
Hong Kong
1-1
20.Nov.2012
Malaysia
VS
Bangladesh
1-1
25.Nov.2012
Malaysia
VS
Singapura
0-3
28.Nov.2012
Malaysia
VS
Laos
4-1
1.Dec.2012
Malaysia
VS
Indonesia
2-0
9.Dec.2012
Malaysia
VS
Thailand
1-1
13.Dec.2012
Malaysia
VS
Thailand
0-2


P
M
S
K
J
B
17
5
5
7
21
21

Daripada 17 perlawanan, Harimau Malaya hanya menang 5, seri 5 dan kalah 7 kali.

Dengan coach dan pengurus yang masih hanyut dibuai mimpi 2 tahun lalu, FAM masih bersandar pada kenangan dan jasa.

Jelas tiada peningkatan signifikan dari HM. Tapi terpulang kepada Sutan Bola, sebab dia masih sayang Raja.

Bolasepak Malaysia perlukan 'kebebasan'.

Saturday, December 15, 2012

Apa lagi yang tinggal, Coach Raja??

K.Rajagobal sedang bermesra dengan anak angkatnya, R.Amar.

Demam Piala AFF Suzuki dah habis. Tapi lebih demam rasanya kalau nak fikir ‘keputusan’ dan ‘taktikal’ Coach Rajagobal sepanjang kejohanan.

Bermula dari pemilihan pemain, perlawanan persahabatan dan seterusnya kejohanan sebenar, macam ada sesuatu yang kurang pada Harimau Malaya. Ya betul, HM layak ke separuh akhir dan kalah kepada pasukan favourite, Thailand. Tapi kenapa Thai yang favourite sedangkan Malaysia adalah juara bertahan 2 tahun lepas? Dari situ kita boleh nampak, graf peningkatan Malaysia sama mendatar, macam padang Bukit Jalil.

Kayu ukur FAM untuk coach Raja ialah Piala Asia 2015, tapi mengambil kira prestasi semasa Rajagobal misi itu nampak ‘pedih’. Lawan sekumpulan Malaysia – Qatar, Bahrain & Yaman – bukan calang-calang. Saiz fizikal dan kedudukan ranking FIFA pun kita sudah kalah, inikan pula bertarung dipadang. Piala AFF 2012 sepatutnya dijadikan 'bencmarking' FAM dan Rajagobal untuk mengukuhkan reputasi Malaysia dipentas Asean dan membina nama diperingkat Asia. Tiada lagi masa bereksperimen, kerana coach seharusnya tahu apa corak dan game plan untuk HM dan menggilap kesefahaman pasukannya dari situ. Bukan masa lagi untuk melatih skil, meningkat ketahanan mental, dan menguji keserasian, tatkala blueprint HM untuk Piala Asia 2015 seharusnya telah diputuskan.

Sudah-sudahlah untuk terus memberi peluang kepada ‘anak emas’ dan bermain tanpa hala-tuju dan peningkatan. Jika dilihat edisi 2012, tak banyak beza dengan edisi 2012, malah lebih teruk jika diambil kira prestasi pemain senior ‘ternama’ seperti Safee, Safiq dan Apek. Berbekal pengalaman tahun 2010 dan beberapa perlawanan persahabatan dengan ‘abang besar’ Liga Perdana Inggeris, masalah mental, strategi dan persiapan bukan sepatutnya jadi alasan. Kemenangan Malaysia dengan Laos dan Indonesia bukanlah perlu dibangga dan dijulang kerana sebagai juara bertahan, peringkat kumpulan bukanlah masalah dan separuh akhir tak sepatutnya dijadikan sasaran awal. Misi final patutnya jadi kewajipan Rajagobal dan FAM.

Cukup-cukuplah memilih permain dengan hanya alasan “pemain ini dah lama bersama pasukan kita, persefahaman itu penting”. Buat apa ada kefahaman tapi aksi di padang macam hampeh!!. Malah ada ‘anak emas’ yang terpilih, tapi langsung tak diuji kali ini. Lebih baik biar dia berehat sebelum pergi makan angina kat Portugal nanti!

Coach Raja, aku memang tak sepandai kau untuk jadi jurulatih tapi aku juga tak dibayar RM70,000 sebulan untuk perah otak dan pastikan HM bermain cantik. 

Aku masih sayang team Malaysia, tapi tak bermaksud kerana mengenang jasa dan budi, kami tak boleh komen dan kondem! Aku sokong Malaysia bukan sokong 'Raja', atau Sutan...

Jadi 'Pundit'

Stan Collymore - "Tengok bola sambil bercakap lagi best! "

Aku mula main game ‘EDIOS - Championship Manager’ sejak tahun 2000 lagi. Itu maksudnya dah lebih 10 tahun aku jadi pengurus ‘virtual’ yang syok sendiri, menghabiskan masa berjam-jam duduk depan PC. Tapi makin lama, aku fikir job jadi ‘pundit’ atau penganalisa bolasepak lebih best, kurang stress, dan yang penting masyuk….! Pundit tak pernah kena ‘sack’!

Tengok je berapa ramai ex-star EPL yang dah jadi pundit – Jamie Redknapp, Gary Neville, Stan Collymore, Greame Souness dan ramai lagi la yang aku tak berapa nak kenal. Malah bekas pundit Astro, Shebby Singh jadi ‘global advisor’ Blackburn Rovers pun sebab dia pandai bercakap. Sebab kalau dia pandai jadi Manager tentu dia dah lama jadi coach Harimau Malaya. Dulu jadi coach ‘realiti’ MyTeam pun, team tu dah ke parit sekarang. Formula penting – pandai bercakap, boleh analisis game, ada terma-terma power bolasepak, ada idea sikit, bukan ‘camera-shy’, selalu update, banyak membaca, dan muka selamba kutuk orang. Photogenik?? Itu kena tanya penerbit.

Bukanlah nak masuk sangat kat tivi tu, tapi bila tengok Hasbullah Awang dan kawan-kawannya kat TV1 ulas game bola atau Olimpik, aku rasa aku boleh buat lebih ‘best’ dari dia orang. Tapi aku ni bukanlah bekas pemain bola negeri atau pernah wakil olahraga ke Komanwel, tapi semua tu boleh belajar, berlatih – sama macam kita sekolah jugak la…

Memang betul, TV1 memang tak akan ambik aku. Apa lagi Kaki Bola@TV3, jauh sekali AstroSuperSport. Aku hanya ada Facebook dan blog, jadilah….janji boleh kutuk-kutuk orang…

Thursday, December 6, 2012

Johor : 'Dream Team' Liga Super?



Selepas beberapa siri pemburuan, Harimau Selatan akhirnya berjaya membaham beberapa ‘mangsa’ yang diidamkan. Tak dinafikan ‘kelahiran semula’ bolasepak Johor banyak merancakkan pintu perpindahan Liga Malaysia untuk musim hadapan.

Gelaran apa yang kita boleh beri pada Johor sekarang? ‘Real’ Johor? Manc’Johor’ City atau ‘Johor’ Saint-Gemain? Johor Makhachkala? Chel’Johor’sea? Kalau kita ‘skala’kan kejayaan Johor menghimpun bintang tempatan dan nama ‘besar’ bolasepak eropah dengan ‘kemeriahan’ Liga Super dan kedudukan ‘ranking’ pasukan kebangsaan Malaysia, mungkin Johor boleh diberi anugerah FIFA dari segi kesungguhan dan pelaburan paling hebat tahun ini.

Jika PSG dan Manchestar City didana kerabat Arab, FC Anzhi dan Chelsea dengan wang minyak Russia, Johor bertuah kerana bernaung dibawah Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang benar-benar serius membawa tahap bolasepak Johor ke satu aras yang lain.

Johor berjaya membawa hampir separuh kesebelasan utama pasukan kebangsaan Malaysia. Kapten Safiq Rahim, penyerang Safee Sali, disertai pula Norshahrul, kembar Aidil & Zaquan, dan Azmi Muslim. Tak ketinggalan Azwan Roya dan Muslim Ahmad yang boleh dianggap nama popular dalam Liga M. Kouta pemain import pula di cukupkan dengan kehadiran bekas penjaring terbanyak La Liga! Daniel Guiza yang juga bekas penyerang Sepanyol dalam Euro2008 dipinjamkan oleh Gatafe selama setahun. Tak cukup dengan itu, bekas pemain B-21 Itali dan bekas pemain kelab Lazio dari Serie-A, Simone Del Nero turut mencuba angin bersama Johor tahun ini.

Barisan kemungkinan Johor untuk Liga Super/Piala Malaysia musim 2013 – versi grandstand-kuning ;

GK                  : Buffon, Dida atau Joe Hart…hehehe…
DEF                : Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Aidil, Azwan Roya
MID                : Mat Yo, Safiq Rahim, Simone Del Nero, Zaquan Adha
FW                  : Safee Sali, Dani Guiza

Sekarang tugas pemain-pemain baru Johor untuk memastikan aksi konsisten dan gelaran berada dalam genggaman, bagi membalas pelaburan besar pengurusan dan penaja. Bagi peminat, sudah tentunya fungsi mereka ialah menyokong dan paling penting memenuhkan stadium untuk membayar semula pelaburan. Insyallah, populariti dan kejuaraan akan hadir jika betul gayanya. Go, Go, JOHO!

Safee untuk Johor



Sah! Johor kini memiliki Super Safee! Satu kejutan besar bagi dunia bolasepak tempatan setelah perpindahan ‘saga’ Mat Yo berakhir minggu lepas.

Dikhabarkan, Safee beaksi secara pinjaman dari Arema-Pelita FC selama setahun sehingga November depan. Bagi Arema, alasannya ialah bagi memberi ruang dan peluang untuk pemain tempatan mereka menyerlah. Dari perspektif Safee, perpindahan ini ialah bagi menyelamatkan karier bolasepaknya yang berisiko tinggi akibat kemelut dalaman bolasepak Indonesia. Jika diambil kira langkah Johor ini, ia adalah mudah. Mengumpul bintang, untuk piala.

Walau apapun alasan dan idea, kita doakan karier Safee akan terus berkembang dan konsisten. Untuk Johor pula, semoga adunan bintang tempatan akan berjaya menghasilkan kejuaraan dan kegemilangan bolasepak Johor. Go, Go, JOHO!