Kelantan 0 – Pahang 1 (Matias Conti)
This is Pantai Timur. Bukanlah ‘final impian’ kerana Pahang
tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan bagi edisi kali ini. Di’hangatkan’
dengan kontroversi penjualan tiket sejak separuh akhir lagi, ramai peminat
hairan diera canggih sekarang, FAM masih menjual tiket dengan cara lapuk.
Dipisahkan dengan gol tunggal Conti, TRW tidak bermain
dengan prestasi sebenar dan Dollah dating dengan pakej pasukan menang.
Kemenangan Pahang membuktikan program pembangunan bolasepak
PBNP melalui Shahzan Muda FC berbaloi. Bagi Kelantan, perlawanan terakhir di
bawah Bojan bukanlah sesuatu yang perlu diingati. Dengan penghijrahan beberapa
pemain utama TRW, Kelatan perlu lebih awal membentuk semula pasukan dibawah
Steve Darby untuk musim depan.
No comments:
Post a Comment