Wednesday, October 16, 2013

Kelayakan Piala Asia 2015 – Perlawanan ke-3



Malaysia 1 (Norshahrul – 71’) – Baharin 1 (Abdulla Ahmad - 45’)

Malaysia bernasib baik dengan gol cantik Norshahrul, tetapi seharusnya mampu bermain lebih baik dihadapan penyokong sendiri. Baharin juga nampak kurang kemas diawal babak pertama, namun berjaya menghadirkan gol diakhir babak pertama. Pasukan Malaysia cuba untuk terus menyerang kubu lawan tetapi dihampakan dengan ketiadaan penyudah dan kekurangan ketara dari segi teknikal asas.

Banyak boleh dipertikai tentang strategi Malaysia, kerana dilihat hilang punca setiap kali memegang bola. Bahagian tengah dilihat sangat lemah dan tidak dinamik, memaksa Norshahrul dan Amri turun ke bawah mencari bola. Sayap juga dilihat tidak berfungsi seperti sepatutnya, tiada lambungan dan hantaran lintang. Malaysia diselamatkan dengan prestasi barisan pertahanan, walaupun Reuben sering dilihat membuat keputusan yang meragukan.

Masih berpeluang ke Australia, namun baki 3 perlawanan bukan sesuatu yang mudah.



No comments:

Post a Comment