Malaysia 1 (Norshahrul – 71’) – Baharin 1 (Abdulla Ahmad - 45’)
Malaysia bernasib baik dengan gol cantik Norshahrul, tetapi
seharusnya mampu bermain lebih baik dihadapan penyokong sendiri. Baharin juga
nampak kurang kemas diawal babak pertama, namun berjaya menghadirkan gol
diakhir babak pertama. Pasukan Malaysia cuba untuk terus menyerang kubu lawan
tetapi dihampakan dengan ketiadaan penyudah dan kekurangan ketara dari segi
teknikal asas.
Banyak boleh dipertikai tentang strategi Malaysia, kerana dilihat
hilang punca setiap kali memegang bola. Bahagian tengah dilihat sangat lemah
dan tidak dinamik, memaksa Norshahrul dan Amri turun ke bawah mencari bola.
Sayap juga dilihat tidak berfungsi seperti sepatutnya, tiada lambungan dan
hantaran lintang. Malaysia diselamatkan dengan prestasi barisan pertahanan, walaupun
Reuben sering dilihat membuat keputusan yang meragukan.
Masih berpeluang ke Australia, namun baki 3 perlawanan bukan
sesuatu yang mudah.