Liga Perdana Inggeris musim 2013/14 akan bermula hujung
minggu ini dan berikut adalah ramalan awal grandstand_kuning untuk kedudukan 5
teratas.
1. Chelsea
Diramal menjadi pilihan menjuarai EPL
dengan mengambil kira kepulangan semula Jose Mourinho dan kestabilan
pasukannya. Namun begitu tidak banyak perubahan bagi Chelsea dan Jose harus
memaksimumkan potensi yang ada pada bakat muda seperti Oscar, Lukaku, dan Hazard.
Setakat ini masih lagi berusaha memancing Rooney bagi menguatkan bahagian depan
dan meredakan keresahan tentang konsistensi Torres.
2 Manchester United
Moyes terpaksa bermula dengan meyelesaikan
masalah berpanjangan Rooney dan dalam masa yang sama berusaha mendapatkan
pemain baru bagi menguatkan Red Devils. Mewarisi pasukan juara dari Fergie,
Moyes perlu bijak menyesuaikan taktikalnya dan kekuatan Man U itu sendiri bagi
memastikan kesinambungan. Jika Moyes berjaya membawa masuk 1-2 pemain
berkaliber seperti Ozil, Modric atau mana-mana pemain tengah berpengalaman,
kejuaraan EPL bukanlah sesuatu yang mustahil.
3. Manchester City
Dengan kehadiran Manuel ‘The Engineer’
Pallegrini, City mungkin telah membawa orang yang betul bagi mengurus kelab
mewah British ini. Telah membelanja hampir GBP 100mil dengan membawa Jovetic,
Negredo, Fernandinho dan Navas, City dilihat sangat serius mahukan kejuaraan
tahun ini. The Engineer mungkin mempunyai taktikal dan barisan pemain yang hebat
tapi pengalaman mengharungi Liga Inggeris mungkin menjadi penentu pencapaian
Pallegrini.
4. Tottenham Hotspur
Diselubungi ‘saga’ perpindahan Bale sejak
tirai perpindahan dibuka, AVB dilihat sangat serius mahu menjadikan Spurs
sebagai kelab 4 teratas. Membawa masuk Nagredo , Paulinho, Capoue dan Chadli
dan masih dikaitkan dengan bintang AS Roma Erik Lamela dan Hulk, Spurs
berpotensi menyaingi ‘abang besar’ EPL jika konsisten.
5. Arsenal
Wenger masih kekal dengan polisinya, tetapi
peminat mereka mulai bimbang apabila mereka masih gagal menambat pemain ternama
untuk musim ini. Dikaitkan dengan Suarez dan Higuain, Wenger dilihat masih lagi
mencari calon sesuai. Bergantung pada Giroud dan Podolski dihadapan, sambil
mengharap Wilshere dapat mengekalkan kecergasan sepanjang musim, kedudukan 4
teratas nampak agak sukar bagi Arsenal mengambil kira mereka turut terlibat dalam
piala domestic dan Champions League. Saiz skuad amat terhad dan segalanya
bergantung pada kebijaksanaan Wenger mencatur strategi.
No comments:
Post a Comment