Saturday, August 31, 2013

Undian Kumpulan UEFA Champions League 2013/14



Kumpulan A
Manchester United (ENG)
Shakhtar Donestk (UKR)
Bayer Leverkusen (GER)
Real Sociedad (ESP)

Kumpulan B
Real Madrid (ESP)
Juventus (ITA)
Galatasaray (TUR)
FC Copenhagen (DEN)

Kumpulan C
Benfica (POR)
PSG (FRA)
Olympiakos (GRE)
Anderlecht (BEL)

Kumpulan D
Bayern Munich (GER)
CSKA Moskva (RUS)
Manchester City (ENG)
Viktoria Plzen (CZE)

Kumpulan E
Chelsea (ENG)
FC Schalke (GER)
FC Basel (SUI)
Steaua Bucuresti (ROM )

Kumpulan F
Arsenal (ENG)
Marseille (FRA)
Borussia Dortmund (GER)
Napoli (ITA)

Kumpulan G
FC Porto (POR)
Atletico Madrid (ESP)
FC Zenit (RUS)
Austria Wien (AUS)

Kumpulan H
FC Barcelona (ESP)
AC Milan (ITA)
Celtic (SCO)
AFC Ajax (NED)


Keputusan Piala Malaysia 2013 – Game #3 (27.8.2013)


Group A
Sime Darby FC 3 (Primorac-2, Fazrul)– Selangor 0
Johor 3 (Ezaidy,Farid,Nizam)– ATM 3 (Marlon-2, Shukor)

Group B
T-Team 2 (Syamim, Syazwan) – JDT 3 (Hadin, Saffe, Norshahrul)
PKNS FC 2 (Wleh-2) – Felda United 0

Group C
Pahang 1 (Conti) – Terengganu 1 (Ashaari)
Negeri Sembilan 1 (Fabio) – Kelantan 1 (Dickson)

Group D
Kedah 0 – Sarawak 0

Perak 1 (Azlan) – Lions XII 0

Monday, August 26, 2013

Siapa mahu Rooney?




Pada 2010, alasan Rooney untuk berpindah ialah kekurangan pemain bertaraf dunia dalam pasukan Red Devils.  Ironinya, kini alasan Rooney untuk berpindah adalah disebabkan tempatnya dalam sebelas utama United tidak terjamin, berikutan kenyataan Moyes, dan Fergie sebelumnya bahawa RVP adalah penyerang utama di Old Trafford. Adalah memalukan bagi pemain bertaraf Rooney melangkah keluar dari kem United disebabkan tidak boleh bersaing.
Setakat artikel ini ditulis, Rooney masih di Old Trafford tetapi segalanya boleh terjadi sebelum 2 September ini.

Chelsea
Mourinho secara terangan memancing Rooney, tapi ini lebih dilihat sebagai perang psikologi bagi melemahkan Moyes. The Blues telah memiliki Torres, Demba Ba, dan Lukaku dan melihat kepada stail taktikal Mourinho yang lebih selesa meletakkan seorang penyerang, kedudukan otomatik Rooney tidak terjamin. Pilihan terbaik Rooney jika ingin terus kekal di England. Dua bidaan awal telah ditolak dan United telah meletakkan syarat bahawa Rooney hanya akan berpindah ke kelab luar sahaja.

Arsenal
Wenger masih tercari-cari pengganti RVP. Jika menyertai Arsenal, Rooney mungkin menjadi pilihan otomatik setiap game, tetapi peluangnya untuk menjulang trofi EPL dan saingan Eropah nampak lebih mustahil mengambil kira rekod 10 tahun Arsenal. Wenger dilihat lebih berminat dengan Higuain, Benzema dan Suarez. Satu langkah ke belakang dalam karier Rooney.

Barcelona
Dikhabarkan berminat mendapatkan Rooney bagi memberi pilihan dibarisan hadapan sesudah menjual David Villa. Gandingan Messi, Rooney dan Neymar mungkin menyaksikan barisan serangan terbaik di Eropah, namun gossip dari Nou Camp kembali senyap setelah berlaku pertukaran jurulatih, penjualan Thiago dan berita perpindahan Cesc Fabregas. Dengan himpunan bakat dan bintang di Barcelona, Rooney bukanlah pilihan otomatik mereka.

PSG
Gergasi Perancis masakini, dan berdasarkan kuasa ekonomi, kemampuan PSG untuk memiliki Rooney tidak boleh diketepikan. Namun begitu setelah PSG mendapatkan Edison Cavani dengan niliai GBP55 juta, berita ini telah senyap dengan sendirinya. Ligue 1 bukanlah liga yang glamour dan kompetetif seperti EPL, LaLiga atau Bundesliga dan semestinya akan membosankan Rooney.

Real Madrid
Los Blancos satu ketika pernah dikaitkan dengan Rooney – dengan projek menggandingkan semula Rooney dan Ronnie. Tetapi ketika fokus Real Madrid terarah kepada Gareth Bale, projek ini dilihat semakin pudar. Pilihan yang bagus bagi Rooney bagi mengembangkan kariernya, tetapi kesebelasan utama bukan sesuatu yang pasti di Bernabeu, mengambilkira himpunan bakat hebat dibawah Ancellotti.

Keputusan Piala Malaysia 2013 – Gameweek #2 (24.8.2013)




Group A
Sime Darby FC 1 – Johor 2
Selangor 2 – ATM 3

Group B
T-Team 0 – PKNS FC 1
JDT FC 1 – Felda United 0

Group C
Kelantan 2 – Terengganu 0
Negeri Sembilan 3 – Pahang 5

Group D
Kedah 1 – Perak 1
Sarawak 2 – Lions XII 1

Keputusan Piala Malaysia 2013 – Gameweek #1 (20.8.2013)




Group A
ATM 3 - Sime Darby FC 4
Johor 0 – Selangor 0

Group B
PKNS FC 2 – JDT FC 0
Felda United 0 – T-Team 1

Group C
Terengganu 0 – Negeri Sembilan 2
Pahang 1 – Kelantan 1

Group D
Perak 2 – Sarawak 1
Lions XII 2 – Kedah 2

Keputusan EPL 2013/13 : Gameweek #2




Fulham 1 (Bent) – Arsenal 3 (Giroud, Podolski -2)
Everton 0 –WBA 0
Hull 1 (Brady) – Norwich 0
Newcastle 0 – West Ham 0
S’oton 1 (Fonte) – Sunderland 1 (Giacherini)
Stoke 2 (Adam, Shawcross) – C.Palace 1 (Chamakh)
Aston Villa 0 – Liverpool 1 (Sturridge)
Cardiff City 3 (Gunnarsson, Campbell-2) - Man City (Dzeko, Negredo)
Tottenham 1 (Soldado) - Swansea
Man Utd 0 – Chelsea 0

Sunday, August 25, 2013

EPL 2013/14 : Ramalan 5 teratas (Awal musim)



Liga Perdana Inggeris musim 2013/14 akan bermula hujung minggu ini dan berikut adalah ramalan awal grandstand_kuning untuk kedudukan 5 teratas.

1.      Chelsea
Diramal menjadi pilihan menjuarai EPL dengan mengambil kira kepulangan semula Jose Mourinho dan kestabilan pasukannya. Namun begitu tidak banyak perubahan bagi Chelsea dan Jose harus memaksimumkan potensi yang ada pada bakat muda seperti Oscar, Lukaku, dan Hazard. Setakat ini masih lagi berusaha memancing Rooney bagi menguatkan bahagian depan dan meredakan keresahan tentang konsistensi Torres.

2    Manchester United
Moyes terpaksa bermula dengan meyelesaikan masalah berpanjangan Rooney dan dalam masa yang sama berusaha mendapatkan pemain baru bagi menguatkan Red Devils. Mewarisi pasukan juara dari Fergie, Moyes perlu bijak menyesuaikan taktikalnya dan kekuatan Man U itu sendiri bagi memastikan kesinambungan. Jika Moyes berjaya membawa masuk 1-2 pemain berkaliber seperti Ozil, Modric atau mana-mana pemain tengah berpengalaman, kejuaraan EPL bukanlah sesuatu yang mustahil.

3.      Manchester City
Dengan kehadiran Manuel ‘The Engineer’ Pallegrini, City mungkin telah membawa orang yang betul bagi mengurus kelab mewah British ini. Telah membelanja hampir GBP 100mil dengan membawa Jovetic, Negredo, Fernandinho dan Navas, City dilihat sangat serius mahukan kejuaraan tahun ini. The Engineer mungkin mempunyai taktikal dan barisan pemain yang hebat tapi pengalaman mengharungi Liga Inggeris mungkin menjadi penentu pencapaian Pallegrini.

4.       Tottenham Hotspur
Diselubungi ‘saga’ perpindahan Bale sejak tirai perpindahan dibuka, AVB dilihat sangat serius mahu menjadikan Spurs sebagai kelab 4 teratas. Membawa masuk Nagredo , Paulinho, Capoue dan Chadli dan masih dikaitkan dengan bintang AS Roma Erik Lamela dan Hulk, Spurs berpotensi menyaingi ‘abang besar’ EPL jika konsisten.

5.       Arsenal
Wenger masih kekal dengan polisinya, tetapi peminat mereka mulai bimbang apabila mereka masih gagal menambat pemain ternama untuk musim ini. Dikaitkan dengan Suarez dan Higuain, Wenger dilihat masih lagi mencari calon sesuai. Bergantung pada Giroud dan Podolski dihadapan, sambil mengharap Wilshere dapat mengekalkan kecergasan sepanjang musim, kedudukan 4 teratas nampak agak sukar bagi Arsenal mengambil kira mereka turut terlibat dalam piala domestic dan Champions League. Saiz skuad amat terhad dan segalanya bergantung pada kebijaksanaan Wenger mencatur strategi.

Keputusan EPL2013/14 - Matchday #3 (*)



Chelsea 2 (Luna (o.g.), Ivanovic) – Aston Villa 1 (Benteke)