Tuesday, November 19, 2013

Kelayakan Piala Asia 2015 – Perlawanan 5



Malaysia 0 – Qatar 1 (Abdul Kareem – 65’)

Perlawanan penting bagi Malaysia kembali bersaing dalam kumpulan kelayakan. Malaysia turun dengan sedikit perubahan taktikal bagi mencari kemenangan. Masih mengekalkan Safiq Rahim ditengah, Safee Sali disokong oleh Amri dan Mat Yo dibahagian depan. 45 minit pertama adalah sangat positif dari Malaysia dengan sentiasa menekan pertahanan Qatar. Apek berjaya menyelamat sekurang-kurangnya 4 percubaan tepat.

Ketika harapan berputik untuk melihat kemenangan di Shah Alam, tekanan 45minit kedua semakin kendur. Safiq semakin gagal mengawal tempo permainan, dan pertukaran Kunalan kepada Azamuddin semakin memperlahan kelajuan Harimau Malaya. Qatar semakin selesa dan kesilapan Apek mengagak permainan membolehkan Kareem menyentuh masuk dihadapan gol terbuka.


Pintu ke Australia 2015 sudah tertutup untuk Malaysia. Diharapkan pengganti Rajagopal nanti mampu berbuat sesuatu sebelum bolasepak Malaysia kembali layu seperti pasca Piala AFF2010.

Kelayakan Piala Asia 2015 – Perlawanan 4



Bahrain 1 (Abdulatif – 71’) – Malaysia 0

Malaysia turun dengan mentaliti bertahan bagi mengutip satu mata di Stad al-Bahrayn al-Watani. Kesebelasan terbaik yang dirasakan Rajagopal ini gagal mencuri peluang walaupun Bahrain sebenarnya tidak bermain ditahap sebenar. 45 minit pertama dihabiskan dengan hambar. Ketika taktikal Malaysia nampak seakan hampir berjaya, kesilapan pertahanan membuatkan Bahrain berjaya mendapat gol kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam kumpulan D.


Seperti biasa, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan team Malaysia dengan harapan ke Piala Asia 2015 yang makin suram….

Keputusan EPL 2013/14 – Matchday 11





Aston Villa 2 (Bacuna, Kozak) – Cardiff City 0
Chelsea 2 (Eto’o, Hazard) – WBA 2 (Long, Sessegnon)
Crystal Palace 0 – Everton 0
Liverpool 4 (Suarez-2, Skrtel, Amorebieta-og) – Fulham 0
Southampton 4 (Schneiderlin, Lamber, Lallana, Davies) – Hull City 1 (Sagbo)
Norwich 3 (Hooper, Snodgrass, Fer)  – West Ham 1 (Morrison)
Tottenham 0 – Newcastle 1 (Remy)
Sunderland 1 (Bardsley) – Man City 0
Man Utd 1 (RVP) – Arsenal 0
Swansea 3(Bony-2, Dyer) – Stoke 3 (Walters, Ireland, Adam)

Wednesday, November 6, 2013

Keputusan EPL 2013/14 – Matchday 10



Newcastle 2 (Gouffran, Remy) – Chelsea 0
Fulham 1 (Kacaniklic) – Man Utd 3 (Valencia, RVP, Rooney)
Hull 1 (Yagbo) – Sunderland 0
Man City 7 (Bradley-og, Silva, Nastasic, Negredo,Toure, Aguero, Dzeko) – Norwich 0
Stoke 1 (Begovic) – Southampton 1(Rodriguez)
WBA 2 (Berahino, McAuley) – Crystal Palace 0
West Ham 0 – Aston Villa 0
Arsenal 2 (Cazorla, Ramsey) – Liverpool 0
Everton 0 – Tottenham 0
Cardiff 1 (Caulker) – Swansea 0


Keputusan EPL 2013/14 – Matchday 9



Crystal Palace 0 – Arsenal 2 (Arteta, Giroud)
Aston Villa 0 – Everton 2 (Lukaku, Osman)
Liverpool 4 (Suarez-3, Sturridge) – WBA 1 (Morrison)
Manchester United 3 (RVP, Rooney, Chicharito) – Stoke City 2 (Crouch, Arnautovic)
Norwich 0 – Cardiff 0
Southampton 2 (Lambert, Rodriguez) – Fulham 0
Sunderland 2 (Fletcher, Borini) – Newcastle 1(Debuchy)
Chelsea 2 (Schurrle, Torres) – Man City 1(Torres)
Swansea 0 – West Ham 0
Tottenham 1 (Soldado) – Hull City

Keputusan EPL 2013/14 – Matchday 8



Aston Villa 0 – Tottenham 2 (Townsend, Soldado)
Arsenal 4 (Wilshere, Ramsey, Ozil-2) – Norwich (Howson)
Chesea 4 ( Hazard-2, Eto’o, Oscar) – Cardiff 1 (Mutch)
Everton 2 (Mirallas, Pienaar) – Hull (Sagbo)
Man Utd 1 (RVP) – S’oton 1 (Lallana)
Newcastle 2 (Cabaye, Durmett) – Liverpool 2 (Gerrard, Sturridge)
Stoke 0 – WBA 0
Swansea 4 (De Guzman, Bony, Chico, Bardsley-og) – Sunderland 0
West Ham 1 (Vaz Te) – Man City 3 (Aguero-1, Silva)
Crystal Palace 1 (Mariappa) – Fulham 4 (Kasami, Sidwell, Berbatov, Sanderos)

Keputusan Piala Malaysia 2013 – Akhir



Kelantan 0 – Pahang 1 (Matias Conti)

This is Pantai Timur. Bukanlah ‘final impian’ kerana Pahang tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan bagi edisi kali ini. Di’hangatkan’ dengan kontroversi penjualan tiket sejak separuh akhir lagi, ramai peminat hairan diera canggih sekarang, FAM masih menjual tiket dengan cara lapuk.

Dipisahkan dengan gol tunggal Conti, TRW tidak bermain dengan prestasi sebenar dan Dollah dating dengan pakej pasukan menang.


Kemenangan Pahang membuktikan program pembangunan bolasepak PBNP melalui Shahzan Muda FC berbaloi. Bagi Kelantan, perlawanan terakhir di bawah Bojan bukanlah sesuatu yang perlu diingati. Dengan penghijrahan beberapa pemain utama TRW, Kelatan perlu lebih awal membentuk semula pasukan dibawah Steve Darby untuk musim depan.